Upah Buat Assignment Programming Genie

# Mood stress, huhu

Hari ni 3 September, petang nanti ada majlis hari raya lagi. Ini besar-besaran punya, yang aku duk apdet sebelum ni tu semuanya unit kecik2 punya je. Hari ni pakai baju kurung cotton bunga kecik2 kaler merah dan shawl merah. Sampai opis, tengok semua orang pakai merah, dalam hati rasa macam 'eh!ramainya pakai kaler merah hari ni, kebetulan sangat' .Rupa-rupanya nya tema majlis tu memang merah, aku je yang tak baca emel sampai habis tapi tak sangka pulak kebetulan yang amat betul, setel bab tema walaupun aku tak kisah pun ikut tema ke tidak.

Tapi.. tengah syok susun barang bawah meja, tetiba bunyi 'pop' alamak, kain koyak ke? sekali pusing tengok, tara ............ tapak kasut terkopak. Rasa macam mau nanges. Aku bukan jenis yang simpan stok kasut bawah meja. huhu

zaman sekolah dulu kalau pakai kasut jenama Bata kira hebatlah

sebab tahan lama dan sedikit mahal

terbeli kasut ni dulu pun sebab suka design je

walapun dah terkena banyak kali 

tapi tak jugak serik

huhu

dan aku perasan Bata sekarang tak macam dulu

kualiti sangat mengecewakan

kasut ni contohnya

baru 2 hari pakai tumit tercabut

saja la hantar repair, rm10 upahnya

baru seminggu pakai tapak pulak terkopak

sabar jelah 

masa kat Penang Airport last week
nampak kedai jual kasut Crocs ni
saja gatai test
memang selesa, harga pun selesa
test je, tak beli pun
agaknya nyonya tu tahu aku tak ber$$
dia komen
'memang mahal sikit, tapi berbaloi beli
banyak tahun boleh pakai maa
kalau kasut biasa *sambil jeling kasut aku*
harga rm70/80 satu pasang
tapi dalam satu tahun berapa kali u beli kasut?
mesti cepat rosak kan?

aku senyum je

[-_-]

sib baik ada gam UHU sebagai penyelamat sementara

babai

Happy Wednesday u olls

okey, nak sambung cerita minggu lepas

Masih ingat entri INI ?

# tak ingat takpe, aku tetap nak citer jugak sebagai kenang-kenangan di blog kesayangan ni 

Bagi menunaikan hajat kakak nak berniaga di Hari Koperasi Sekolah. Aku order Bubblerice Chocolate dan Red Velvet Cake dengan jiran. Pastu ada kawan sekolah poskan hasil krafrangannya iaitu Bookmark dan benda yang gantung kat henpon (lupa dah nama apa). 

Tapi malam sebelum kejadian, jiran wsap bagitau yang dia masih dikampung, ada kematian ahli keluarga, berkemungkinan tak sempat nak buat Red Velvett Cake. Tapi dia cuba buat Bubblerice Chocolate tu je, emm takpelah .. benda kita tak rancang. Teruskan jelah dengan apa yang ada.

Tiba lah hari yang ditunggu, kakak dan kawan yang share tapak sangat excited nak berniaga (kawan kakak tu ialah anak kawan aku).

kami yang paling awal sampai untuk setting meja 
taraaa, dah siap
kakak jual bubblerice coklat, bookmark dan yang gantung kat hp tu
kawannya jual pencuci muka Himalaya dan Pastri Sosej
Jemput singgah ke meja jualan budak Form1
ni anak member yang jual, import direct dari negara asal produk Himalaya
yang pasti 100ml, lagi murah dari yang di jual di kedai biasa

Lepas dah siap tolong setting meja diorang, kami ke opis dan serahkan pada mereka berdua menguruskan meja jualan.

Balik petang tu, kakak tak sabar nak citer. Dia bawak balik cash RM110, lepas tolak sewa tapak dan kos barang, dapat lah untung sikit upah penat berdiri.

Ada jugak kes panas telinga bila ada senior yang ejek2 diorang sebab jual barang murah camtu, tapi katanya 'kakak buat tak dengar je walaupun kakak rasa nak marah' sian anak umie. Budak2 biasalah tu, aku dulu pun zaman sekolah banyak jugak perangai pelik, hihi.

Ingatkan dia dah serik berniaga, tapi tidak, Siap bagi proposal untuk tahun depan. Katanya 'tahun depan kita jual air dan buah yang letak asam tu, nanti kita beli buah dan potong, kita buat sendiri je, nanti semua duit kita dapat'. Hahaha, boleh tahan dia punya perancangan. Ye lah kakak, kalau itu buat kakak happy, umie ikut je janji bukan perkara tak elok.

Mana tahu nanti tercapai cita2 kakak nak jadi doktor gigi yang ada kedai cupcake. Tak salah berangan dari sekarang kan?

0 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *